Khidmat

Ejen Hartanah Negeri Kedah & P.Pinang

Hubungi Sekarang!

Mencari ejen hartanah berpengalaman untuk jual rumah di sekitar negeri Kedah dan Pulau Pinang? Isi borang ringkas ini.

Teres
Semi D / Banglo
Apartment / Kondominium / Flat
Tanah
Kedai / Komersial
Lain-lain
Pulau Pinang
Kedah
Lain-lain Negeri

🔒 Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi kepada mana-mana pihak ketiga.

Masalah

Nak Jual Hartanah, Tapi Sukar Uruskan Sendiri?

Kekangan masa, jarak dan kurang pengalaman boleh menyebabkan proses jualan terasa rumit.


Kesan

Proses Jualan Boleh Jadi Lambat Dan Memenatkan

Proses penjualan hartanah memerlukan komitment yang tinggi dan perancangan rapi.

Penyelesaian

Bagaimana Saya Boleh Bantu

Supaya rumah anda laku cepat tanpa masalah.

1

Semakan Harga Pasaran Kajian pasaran dibuat untuk tetapkan harga optimum supaya rumah lebih mudah terjual.

2

Perancangan Jualan Anda jelas tentang jangka masa, kos terlibat dan anggaran hasil sebelum buat keputusan.

3

Pemasaran Berkesan Dan Konsisten Iklan dipasarkan melalui portal, media sosial dan jaringan ejen, kemudian dipantau secara berkala.

4

Memastikan Proses Lancar Prospek disaring dan urusan bank, peguam serta dokumentasi dipantau sehingga selesai.

Matlamatnya mudah: anda tidak perlu mengurus semuanya sendiri, dan proses jualan dapat berjalan dengan lebih teratur, jelas dan profesional.

Kata Mereka

Ulasan daripada pemilik hartanah yang telah berurusan dengan kami.

Hartanah Berjaya Jual

Sebilangan dari senarai hartanah yang telah saya jual.

Soalan Lazim Pemilik Hartanah

Jawapan ringkas untuk soalan biasa sebelum anda mula menjual hartanah.

Adakah saya perlu bayar apa-apa wang pendahuluan untuk fi agensi?

Tidak ada. Bayaran fi agensi hanya ada jika jualan berjaya dan amaun tersebut daripada hasil jualan rumah.

Bagaimana proses jualan rumah melalui ejen?

Setelah anda hubungi saya, saya akan lakukan kajian pasaran. Kemudian saya akan buat lawatan ke rumah sebelum mulakan proses pengiklanan. Penglibatan anda dalam proses jualan sangat mudah dan minimum. Hanya perlu turunkan tandatangan borang setuju jual dan perjanjian jual beli, setelah ada pembeli yang berminat.

Adakah Encik Abdul Muhaimin ejen berdaftar?

Ya. Saya berdaftar dengan nombor REN45306. Kesemua proses yang saya jalankan adalah mengikut lunas undang-undang dan ketetapan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta di bawah Kementerian Kewangan.

Saya sudah ada pembeli, boleh Encik Abdul Muhaimin uruskan?

Boleh. Fi agensi akan ada diskaun untuk kes sebegini.

Adakah Encik Abdul Muhaimin juga buat sewaan hartanah?

Ya. Saya juga buat sewa hartanah.

Apakah jenis hartanah yang Encik Abdul Muhaimin buat?

Saya bantu pemilik yang perlukan bantuan jual beli untuk hartanah jenis kediaman, komersial dan tanah.

Ingin Semak Harga Pasaran Rumah Anda?

Isi borang ringkas, saya akan hubungi anda dalam masa 24 jam untuk perbincangan awal.

Semak Hartanah Saya

Maklumat Berjaya Diterima!

Terima kasih! Kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam.